HOME / Pilihan Buletin TV3

PRIHATIN | Pereka Fesyen Jahit Sendiri PPE Untuk Hospital

Pereka Fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill menjahit sendiri Pakaian Perlindungan Diri (PPE) bagi menampung keperluan petugas kesihatan yang meyabung nyawa merawat pesakit COVID-19. Usaha itu katanya didorong perasaan simpati ketika melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri, berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi seperti tular di laman sosial baru-baru ini. Sasaran beliau untuk menghasilkan 500 set PPE meskipun kini berdepan kekangan kekurangan fabrik.