HOME / Politik

PERIKATAN NASIONAL | PN Di Landasan Yang Betul

Usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengekang wabak COVID-19 dan memacu kembali ekonomi negara diiktiraf rakyat dan terbukti berkesan.   EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Harris Idaham Rashid berkata hasil kajian Merdeka Centre baru-baru ini jelas mencerminkan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima masyarakat atas kejayaan strategi kerajaan yang telah menampakkan hasil.