HOME / Sukan

LIGA PREMIER | Kelantan FC Didenda Namun Keputusan Kekal

Hasrat Negeri Sembilan FC untuk mendapatkan tiga mata dari perlawanan ke-20 Liga Premier menentang Kelantan FC 27 Ogos lalu berakhir hampa apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengekalkan keputusan aksi terbabit sekalipun disahkan Kelantan FC melanggar peraturan perlawanan membabitkan pertukaran pemain. MFL membuat keputusan kemenangan 2-1 memihak Kelantan FC kekal, sekalipun pasukan berkenaan bakal dikenakan denda RM30,000. Bagaimanapun, Negeri Sembilan FC tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikenakan ke atas Kelantan FC serta mahu membuat tindakan susulan mengemukakan rayuan. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU