HOME / Sukan

PARALIMPIK TOKYO | Juri Tolak Rayuan Malaysia, Australia & Ecuador

Hasrat kontinjen negara untuk memenangi pingat emas menerusi atlet lontar peluru kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian. Juri Rayuan Para Olahraga Dunia (WPA) menolak rayuan yang dilakukan kontinjen Malaysia bersama dua lagi kontinjen lain. Bagaimanapun, Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan WPA untuk pertimbangkan semula rayuan agar penyertaan dan catatan yang dibuat di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 diiktiraf sebagai penyertaan dan catatan rasmi di kejohanan berkenaan. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #Buletin130 #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU