SUKAN | Kerajaan Umum Sumbangan RM10 Juta Kepada FAM
Kerajaan mengumumkan akan menyumbang RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai tanda sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara selain berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu perkembangan mutunya.