HOME / Sukan

Terjun Dunia FINA | Kejayaan Di Tokyo Suntik Semangat Pandelela, Jun Hoong

Kesimpulan daripada prestasi semasa sandaran terjun wanita, Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong di Kejohanan Terjun Dunia FINA di Jepun baru-baru ini, harapan cukup cerah untuk pingat Olimpik tidak mengira warna berada dalam gengaman mereka.   Lebih menarik mereka juga optimis dengan impian berkenaan dan berusaha mengatasi kelemahan yang dapat dikesan di Tokyo.   Keyakinan tinggi terus disuarakan penerjun negara menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 Julai nanti.