HOME / Tular

Polis Kesan Myvi Lawan Arus

#Tular Polis sedang mengesan pemilik atau pemandu sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang memandu melawan arus menuju ke JB Sentral, Johor Bharu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima rakaman video tular di media sosial itu pada Jumaat lalu, namun pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian berkenaan.