HOME / Tular

TULAR | Mandikan Anjing Di Bilik Tukar Lampin Bayi RNR Tapah

Tindakan seorang wanita memandikan anjing peliharaannya di bilik menukar lampin bayi di kawasan Rehat dan Rawat, RNR Tapah, Lebuhraya Utara Selatan, menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial yang rata-ratanya menyelar tindakan yang disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti agama dan kaum. Video pendek berdurasi 15 saat itu, bagaimanapun segera mendapat perhatian Plus Malaysia yang kemudian segera menyamak ruang berkenaan.