HOME / Video Eksklusif

AL-FATIHAH | Rakan Sekerja Berkongsi Kenangan Bersama Allahyarham Farit Ismeth Emir

AL-FATIHAH | Rakan Sekerja Berkongsi Kenangan Bersama Allahyarham Farit Ismeth Emir Penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir, 66, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 pagi 20 April. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah dalam kalangan warga RTM dikenali sebagai ikon berita Dunia Jam 10. Penonton setia Dunia Jam 10 pasti tidak dapat melupakan suara emasnya melontarkan kata-kata hikmah sebelum tamat siaran berita. Dalam kalangan rakan sekerja, Allahyarham dikenali seorang yang amat berdedikasi, berdisiplin dan rajin memberikan nasihat. Allahyarham juga dianggap sebagai antara wajah penting bidang penyiaran negara. Memetik laporan portal rasmi Berita RTM iaitu berita.rtm.gov.my, Allahyarham memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran 30 tahun lalu. Allahyarham yang berasal dari Teluk Intan, Perak, pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum menyertai dunia penyiaran pada 1980-an. Semoga roh Pak Ngah tenang di sana. Al Fatihah.