HOME / Video Eksklusif

MENJELANG RAMADAN | Bersediakah Anda Untuk Bazar Ramadan Secara ‘Online’?

Bazar Ramadan tahun ini dibatalkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia memberi kesan secara langsung kepada peniaga yang bertahun-tahun mencari rezeki di tapak bazar Ramadan seluruh negara. Untuk menggantikan bazar, antara pilihan dan inisiatif yang dicadangkan adalah bazar Ramadan dalam talian. Untuk peniaga yang masih tertanya-tanya bagaimana meniaga secara ‘online’, ikuti tip daripada Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid