comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada perkembangan negatif di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.58 mata lebih rendah kepada 1,567.67.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 133, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,737 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 177.94 juta unit bernilai RM82.39 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini