comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syairkat (AS) pada Isnin menjelang data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS dikeluarkan esok.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5455/5485 berbanding dolar AS daripada 4.5535/5565 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dengan dolar AS mengalami penurunan, perkara yang menjadi data penting yang perlu diberi tumpuan adalah Indeks ISM AS untuk sektor pembuatan dan Pembayaran Gaji Bukan Ladang (NFP) bagi Julai.

“Indeks ISM dijangka menunjukkan sedikit penurunan kepada 46.5 pada Julai, turun daripada 46.0 sebelum ini.

“Sementara itu, NFP yang dijadual dikeluarkan Jumaat ini diunjurkan pada 184,000, lebih rendah daripada angka sebelumnya iaitu 209,000,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Reserve Bank of Australia dijadual mengumumkan keputusannya mengenai kadar penanda aras faedah esok, dengan pasaran menjangkakan kenaikan 25 mata asas.

“Secara keseluruhannya, ringgit Malaysia diunjurkan diniagakan dalam julat RM4.54 hingga RM4.56 berbanding dolar AS sepanjang minggu ini berikutan prestasi dolar AS yang kurang stabil,” katanya.

Dalam pada itu, unit tempatan didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. – BERNAMA

Loading...
Terkini