comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain apabila pelabur terus membuat unjuran Rizab Persekutuan AS (Fed) tidak akan menaikkan kadar faedah pada bermesyuarat yang akan diadakan minggu depan.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6720/6770 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.6725/6760.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS akan mengeluarkan unjuran suku tahunannya selepas mesyuarat pada 19-20 Sept.

“Unjuran itu akan memberikan lebih banyak pandangan tentang hala tuju dasar monetari masa depan untuk tempoh terdekat dan tahun depan. Walaupun Rizab Persekutuan mungkin mengekalkan pendirian semasa, sentimen pasaran masih kekal tidak menentu kali ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapat ringgit akan terus berlegar dalam julat RM4.66 hingga RM4.68 kepada dolar AS.

Loading...
Terkini