comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya hari ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang negara maju itu, dipacu oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang kukuh pada Mac, dalam persekitaran kebimbangan ketegangan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.

Jualan runcit AS meningkat 0.7 peratus pada Mac kepada US$709.6 bilion selepas semakan semula kenaikan pada Februari kepada 0.9 peratus.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data jualan runcit AS yang kukuh menunjukkan bahawa jangkaan pemotongan kadar AS oleh Rizab Persekutuan semakin mereda.

“Ini sudah tentu menyebabkan permintaan lebih tinggi untuk dolar AS yang menyaksikan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.16 peratus kepada 106.373 mata,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini