comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sistem keselamatan elak eksploitasi pekerja asing

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd (Bestinet), syarikat teknologi maklumat, memperkenalkan teknologi keselamatan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dapat mengelak eksploitasi pekerja asing.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, sistem FWCMS ialah platform digital sepenuhnya, canggih dan diiktiraf oleh UN World Summit Award (WSA) bagi pengurusan pekerja asing secara holistik.

Sistem ini dibangunkan dan telah dilaksanakan untuk mengatasi eksploitasi ke atas pekerja asing secara berkesan melalui beberapa strategi utama, termasuk, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dengan pendigitalan semua langkah dan prosedur, memastikan setiap fasa proses pengambilan pekerja asing dapat dipantau dan dikesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor, berkata beliau bimbang terhadap eksploitasi yang dihadapi oleh pekerja asing di Malaysia.

Beliau berkata, baru-baru ini, pakar yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melahirkan kebimbangan serius berhubung eksploitasi dan keadaan melarat pekerja asing Bangladesh di Malaysia.

“Syarikat kami telah melaksanakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), dan adalah amat merisaukan untuk menyaksikan penderitaan yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja asing yang telah tiba di Malaysia ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengakui terdapat penipuan dalam proses pengambilan pekerja asing di Negara Sumber yang sering mengakibatkan pekerja asing terbiar tanpa pekerjaan atau tempat berteduh sebaik tiba di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini