comscore
Tumpuan :
Dunia

 135 maut akibat cuaca buruk di Pakistan dan Afghanistan

Foto: Reuters

PAKISTAN: Lebih 130 maut akibat cuaca buruk yang melanda Afghanistan dan Pakistan.

Ribuan rumah dilaporkan rosak atau musnah akibat banjir di kedua-dua negara.

Juga terdapat kematian penduduk akibat runtuhan kediaman.

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian setelah lebih 40,000 hektar tanah ladang musnah dan ribuan lagi binatang ternakan mati.

Pakistan mencatatkan sekurang-kurangnya 69 kematian termasuk enam di wilayah Balochistan.

Jabatan Kaji Cuaca Tempatan meramalkan cuaca buruk di beberapa wilayah termasuk Khyber Pakhtunkhwa, Gilgit-Baltistan dan Islamabad sehingga Isnin depan – THE GUARDIAN / REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini