comscore
Tumpuan :
Dunia

Cuaca buruk ragut nyawa warga emas di UAE

Foto: Reuters

DUBAI: Hujan paling lebat yang direkodkan dalam tempoh 75 tahun di Emiriah Arab Bersatu meragut satu nyawa.

Mangsa warga emas maut selepas kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di Ras al-Khaimah.

Kediaman dan kenderaan penduduk juga ditenggelami air di beberapa kawasan.

Juga terdapat laporkan kemusnahan insfrastruktur di lokasi tertentu.

Pengguna lebuh raya juga terkandas selama beberapa jam selepas banjir menenggelamkan sebahagian jalan.

Pejabat kerajaan dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan juga memaksa jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai tergendala atau terpaksa dilencongkan. – ARAB NEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini