comscore
Tumpuan :
Dunia

Gelombang derita baharu Gaza, tingkat risiko penyakit

Foto: Reuters

GAZA: Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita warga Palestin saban hari dan mencetus kebimbangan penularan penyakit ekoran kekurangan air bersih dan sistem pembuangan sisa pepejal.

Menurut agensi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui laman sesawangnya, amaran daripada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), kira-kira 1.2 juta penduduk terus datang berlindung dalam khemah di dalam dan luar Rafah bandar paling selatan di Gaza dengan tiada tempat lain untuk dituju.

Suhu berlegar sekitar 40 darjah Celcius, dan penduduk Rafah sedar keadaan boleh menjadi tidak selesa apabila musim panas tiba dengan suhu boleh mencecah 50 atau 60 darjah Celcius.

Air bersih juga masih kurang di Rafah dan beratur panjang menjadi realiti seharian.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan bantuan PBB melaporkan tiada misi bantuan kemanusiaan boleh dihantar di utara Gaza pada Rabu kerana tentera Israel menutup pusat pemeriksaannya pada dua batang jalan yang dilalui tentera.

Bagaimanapun, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan misi Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sampai di Jabalia pada Selasa, memberikan bantuan perubatan dan perawatan air.

UNRWA juga melaporkan ia berjaya mengubah sebuah pusat asuhan kanak-kanak kepada sebuah kemudahan kesihatan yang berfungsi di Mawasi, kawasan yang musnah di bandar Khan Younis.

Klinik yang baharu muncul itu menerima 2,000 individu sehari dan menawarkan perkhidmatan merawat penyakit kronik sehingga penjagaan ibu dan dan kanak-kanak, perkhidmatan gigi dan kaunseling psikologi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini