comscore
Tumpuan :
Dunia

Hospital di bandar kecil Korea Selatan dibelenggu kekurangan doktor

SEOUL: Hospital di bandar-bandar kecil di Korea Selatan terus bergelut ekoran isu kekurangan doktor.

Ia ketika mogok doktor pelatih di seluruh negara itu berterusan yang kini memasuki bulan ketiga.

Meskipun ibu kota Seoul mempunyai banyak hospital kelas atasan, namun bandar kecil dihimpit kesulitan kerana kekurangan doktor.

Pakar perubatan melihat perkara ini akan lebih meruncing.

Ia bukan sahaja kerana kekurangan golongan itu, malah berdasar faktor pertambahan penduduk yang semakin menua dan kadar kelahiran terendah di dunia.

Rentetan unjuran itu, kerajaan menambah ribuan pelajar sekolah perubatan mulai tahun depan, yang ditentang hebat doktor pelatih dan beberapa kumpulan perubatan yang meragui usaha itu.

Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, (OECD), Korea Selatan mempunyai nisbah 2.6 doktor bagi setiap 1,000 orang, satu daripada kadar terendah dalam kalangan negara maju.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini