comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki kumpul syiling seminggu beli televisyen

Foto: Reuters

SANTIAGO: Seorang lelaki berjaya membeli sebuah televisyen baharu menggunakan duit syiling yang dikumpul dari kawasan pantai dan taman-taman awam di Chile.

Luis Alvarez yang juga seorang pengumpul keluli berkata, dia memerlukan tempoh tujuh hari untuk mengumpul wang syiling bagi mencapai matlamatnya membeli televisyen.

Alvarez turut berkongsi aktiviti dan pencapaiannya itu di media sosial TikTok.

Menyentuh hati apabila dia menjelaskan, televisyen berkenaan dibeli bagi memenuhi permintaan anaknya.

Tambah Alvarez, hasil mempelajari dan berlatih mengenal bunyi melalui mesin pengesan, dia mampu mengumpul antara 200,000 hingga 250,000 Peso dalam seminggu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini