comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiada kejadian culik di Felda Pasak – polis

Mesej tular berhubung dakwaan kejadian culik murid sekolah di Felda Pasak. Foto tangkap layar tular.

KOTA TINGGI: Polis menafikan terdapat kejadian murid sekolah diculik tiga lelaki India di Felda Pasak di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata penularan mesej yang tersebar di aplikasi WhatsApp sejak kelmarin itu tidak benar.

Katanya pihak polis ada menerima laporan polis pada Isnin lalu oleh ibu kanak-kanak berkenaan berhubung perkara itu.

“Ada laporan polis diterima pada 25 Mac yang lalu. Hasil siasatan yang dijalankan didapati tiada sebarang kejadian culik yang dinyatakan di Felda tersebut.”

Katanya, polis telah menemui tiga lelaki India yang digembar-gemburkan itu namun siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja syarikat yang dilantik oleh sebuah syarikat televisyen berbayar tempatan.

Terdahulu mesej tular itu mengingatkan kepada ibu bapa kepada pelajar tahap satu dan dua sekolah di Felda berkenaan agar segera mengambil anak masing-masing selepas tamat waktu persekolahan.

Mesej tersebut juga meminta ibu bapa memiliki anak kecil agar berhati-hati kerana berlaku kejadian budak nyaris diculik di sekolah itu yang didakwa dilakukan tiga lelaki India menaiki kereta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini