comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Papagomo didakwa di bawah Akta Hasutan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menghasut.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat penerbitan menghasut pada 29 April 2024, jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di B12B-L1, Mutiara Villa, Bukit Bintang, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, didapati telah menerbitkan penerbitan menghasut di Laman X.

Pendakwaan dilakukan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Muhammad manakala Papagomo diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.

Sebelum ini dia dilapor ditahan atas kenyataannya yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi video berdurasi dua minit 46 saat, dia didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung isu KK Mart dan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini