comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tukang masak dipenjara 4 bulan, ugut untuk cederakan teman wanita 

MELAKA: Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang tukang masak atas kesalahan mengugut untuk mencederakan, seorang wanita yang juga teman wanitanya, Februari lalu.

Keputusan dibuat Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman ke atas Na Chun Kian, 41, yang menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes berkenaan hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didapati menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 39 tahun kerana enggan memberinya wang di sebuah rumah bernombor di Taman Bachang Baru, dekat sini, pada 27 Februari lalu antara jam 9 malam hingga 11 malam.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sudah berkahwin dan ibu kepada tiga cahaya mata diugut oleh tertuduh yang juga teman lelakinya untuk memberikan wang.

Tertuduh mengugut untuk mengapa-apakan mangsa termasuk ahli keluarganya yang berada di rumah sekiranya permintaannya tidak dipenuhi.

Terdahulu, tertuduh merayu dikenakan penjara paling minimum, namun Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan mengambil kira fakta kes.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 28 Februari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini