comscore
Tumpuan :
Nasional

Antara nahas helikopter terhempas di Malaysia

Sebuah daripada helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pagi ini.

23 April 2024: Dua helikopter masing-masing jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. 10 disahkan maut.


5 Mac 2024:  Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Klang.

FOTO: IPD Kuala Selangor

11 Sept 2022:  Juruterbang maut, Helikopter jenis Eurocopter EC120B di Malaysia terhempas di Hutan Simpan Chikus dekat Bidor, Perak.

FOTO: NSTP

24 Mac 2021:  Dua cedera, manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 terhempas di LTSAAS.

FOTO: NSTP

5 Mei 2016: Helikopter jenis Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar, Sarawak. Enam maut termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

FOTO: NSTP

4 April 2015: Pesawat jenis Eurocopter AS365 terhempas di Semenyih, Selangor. Enam maut, termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

FOTO: NSTP

19 Julai 2012: Helikopter jenis Eurocopter EC120 terhempas di Sungai Lingga, Sri Aman Sarawak. Tiga maut, satu selamat (juruterbang berbangsa Jerman)

13 Julai 2007: Helikopter Sikorsky S-61A-4 (Nuri) terhempas di Genting Sempah, Pahang. Enam maut.

12 Julai 2004: Helikopter jenis Bell 206 Long Ranger terhempas Bario, Sarawak. Tujuh maut termasuk Menteri Muda Sarawak, Dr Judson Sakai Tagal.

Mac 1997: Helikopter Agusta A109E terhempas di Kuala Lipis, Pahang. Tiga maut termasuk Pengerusi DRB-Hicom Malaysia, Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri, Puan Sri Rohana Othman.

19 Mac 1997: Dua helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 (Nuri) terhempas di Sipitang, Sabah. 11 maut.

14 Jun 1996: Helikopter jenis Bell Long Ranger IV terhempas di kawasan perindustrian Sri Damansara, Kuala Lumpur. Lima maut.

29 November 1995: helikopter jenis Bell 412 SP terhempas di Laut Semarang, Sabah, 11 maut (dua masih hilang)

14 November 1989: Helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 (Nuri) milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Gunung Gerah, sempadan Kelantan-Perak, 21 maut.

Loading...
Terkini