comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut

Gambar tangkap layar helikopter yang bertembung di udara di Lumut.


LUMUT: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila dua helikoter terhempas dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berkenaan, kedua-dua hellikopter terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini