comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar tempelak sikap pemimpin hanya tahu maki hamun, merengek

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap segelintir pemimpin yang hanya tahu memaki hamun, merengek dan mencaci berbanding duduk berbincang di meja rundingan.

Perdana Menteri berkata, sikap pemimpin terbabit tidak akan menguntungkan masyarakat.

“Pemimpin India sama ada dari PKR, DAP, MIC umpamanya memilih untuk berunding, untuk membantu meningkat mutu hidup rakyat dari semua kaum.

“Ini cara yang harus kita pilih. Saya nak ajak masyarakat India hari ini untuk menyatakan bahawa anda harus membuat pilihan, dan saya hormat kepada mereka yang membuat pilihan untuk bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MiED) di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini