comscore
Tumpuan :
Nasional

Bagasi berisi wang tunai RM500,000, polis tunggu 3 saksi tampil beri keterangan

KUALA LUMPUR: Kes pemilikan bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000, tiga saksi yang sepatutnya dirakam keterangan, belum tampil kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga individu terbabit adalah rakan kepada pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan kayu balak.

“Kita masih menunggu mereka tampil untuk dirakam percakapan namun mereka memberikan alasan berada di luar negara.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber wang terbabit yang didakwa untuk digunakan bagi perniagaannya,” katanya ketika di temui di Masjid Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, Hussein mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak sudah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya.

Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.

21 Mac lalu, media melaporkan satu bagasi berisi wang lebih RM500,000 ditemui di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah oleh pihak pengawal keselamatan pusat beli-belah terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini