comscore
Tumpuan :
Nasional

Bagasi RM500,000: Tiga rakan pengarah syarikat akan dipanggil

PETALING JAYA: Polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan pemilik syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara di Petaling Jaya, miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada beberapa perkara yang masih dalam siasatan polis termasuk memanggil tiga lagi saksi untuk tampil memberi keterangan.

“Tiga saksi yang akan dipanggil itu adalah rakan kepada pengarah syarikat terbabit. Mereka akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri ini,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan individu yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.

Individu yang juga pengarah syarikat kayu balak itu mendakwa, tidak menyedari bagasi yang mengandungi wang diambil dari rumah rakannya terletak di atas pusat beli-belah berkenaan tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.

Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini