Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin
PUTRAJAYA: Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak semalam akan disiapkan dalam tempoh sebulan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, komitmen itu diberikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
“Perdana Menteri telah mengutus ucap takziah dan Menteri Pertahanan telah memberi komitmen bahawa laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh kejadian akan disediakan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan beberapa bentuk bantuan kepada waris mangsa.
Pengumuman bantuan tersebut akan dibuat oleh Menteri Pertahanan hari ini.
Semalam, media melaporkan, dua helikopter TLDM iaitu pesawat FENNEC dan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.30 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semua 10 mangsa yang berada dalam kedua-dua helikopter itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
TLDM pula dilaporkan sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Helikopter Terhempas: Jasad Sivasutan, Joanna akan disemadi di kampung halaman masing-masing
- Jenazah Komander Muhammad Firdaus akan terus dibawa ke Masjid Jamek Sungai Nibong Besar
- [KEMAS KINI] Helikopter terhempas: Identiti dan wajah 10 mangsa nahas
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa