comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita

 

Foto: Selangor Royal Office / Facebook

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa amat sedih serta dukacita susulan insiden dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas.

 

Baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM turut menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan.

“Beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 TLDM ini.

“Beta amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman.

“Sesungguhnya, ini adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.” titah baginda dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Loading...
Terkini