comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: ‘Tak sangka Ramadan lalu jadi pertemuan yang terakhir’- Rakan

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikenali sebagai Suzana Hamdan meluahkan rasa sedih dan dukacita apabila dimaklumkan rakan karibnya, Mohd Shahrizan Mohd Termizi maut dalam insiden pertembungan helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada pagi Selasa.

Dalam satu perkongsian ringkas di Facebook, Suzana berkata Ramadan yang lalu merupakan pertemuan terakhir antara beliau dan Allahyarham Mohd Shahrizan.

“Salam takziah dan Al-Fatihah buat sahabat, dan bekas rakan sekelas.

“Tak sangka akhir ramadan aku jumpa kau adalah kali terakhir aku bertemu dengan kau, damailah di sana sahabat, Mohd Shahrizan” katanya dalam perkongsian di Facebook pada Selasa.

Suzana turut berkongsi beberapa gambar yang dikirim Allahyarham termasuk gambar ketika di bangku sekolah.

Terdahulu, seramai 10 anggota maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani latihan raptai sempena lintas hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada Selasa.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Susulan itu, ATM dan TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini