comscore
Tumpuan :
Nasional

Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menilai semula ketetapan berhubung penganjuran sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, ketetapan itu dibuat susulan nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, pagi tadi.

“Itu saya percaya akan dipertimbangkan kerana ia adalah program yang disusun oleh TLDM,” katanya dalam sidang media, sempena Rumah Terbuka Aidifitri Kementerian Pertahanan, di sini.

Tambah beliau, nahas dilaporkan berlaku pada kali ke-3 sesi raptai latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menubuhkan Lembaga Siasatan TLDM bagi mengetahui punca kejadian dua helikopter yang dilaporkan berlanggar di ruang udara sebelum terhempas.

“Saya sendiri dengan Panglima ATM dan Datuk KSU, kita akan pergi ke Lumut sebentar lagi bagi kita melihat mendapat makluman laporan secara on ground dan mana ada keluarga yang tinggal di situ mungkin bertemu dengan keluarga ibu bapa mangsa yang base di Sabah kapal terbang akan bawa mereka” katanya lagi.

Loading...
Terkini