comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter Terhempas: Waris mangsa dibawa ke Batalion Ke-23 RAMD

Oleh: Fahmi Tajuddin

IPOH: Waris keluarga mangsa nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas pada pagi Selasa dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dekat Jalan Tambun, pada jam 1.30 petang tadi.

Ia disusuli dengan Istiadat penghormatan serta  solat jenazah dan kesemua 10 jenazah akan dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan dan ketetapan keluarga masing-masing.

Seorang waris mangsa memberitahu kru Buletin TV3 bahawa kebanyakan ahli keluarga akan dibawa ke 23 RAMD menaiki kenderaan khas TLDM.

“Semua ahli keluarga akan ke sana (23 RAMD) untuk istiadat penghormatan serta solat jenazah dan  menaiki kenderaan yang disediakan TLDM.

“Hanya wakil ahli keluarga sahaja akan berada di Jabatan Forensik (Hospital Raja Permaisuri Bainun) untuk proses pengesahan dan dokumen,” katanya.

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad akan dibawa ke Segamat, Johor, manakala Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli akan dibawa ke Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Selain itu, jenazah Pegawai Waran II TMK, Mohd Shahrizan Mohd Termizi dan Pegawai Waran II TNL, Nurfarahimi Mohd Suady masing-masing akan dikebumikan di Lekir dan Selama di Perak.

Jenazah Pegawai Waran II TLR (AQM), Muhammad Faisol Tamadun dan Bintara Muda TNL, Nor Rahiza Anuar pula akan dibawa ke Sik dan Yan di Kedah.

Manakala Jenazah Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi akan dibawa ke Senawang, Negeri Sembilan, manakala Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dibawa ke Rawang, Selangor.

Mendiang Leftenan T Sivasutan pula akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala mayat Laskar Kelas JJM, Joanna Felicia anak Rohna akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini