comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Allahyarham Mohd Shahrizan dibawa ke kediaman bapa

Oleh Hilmi Abdul Malik

SITIAWAN: Jenazah Allahyarham Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi, dibawa ke kediaman bapanya di Taman Mohd Wazer di sini jam 7.40 malam.

Solat jenazah akan dijalankan di Masjid Al Khairiah Batu 10 Lekir selepas solat Isyak.

Jenazah wira negara ini akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir.

Allahyarham Mohd Shahrizan merupakan salah seorang anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua buah helikopter yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam.

Ketika kejadian, Allahyarham berada di dalam pesawat Fennec M502-6 yang ketika itu sedang melakukan raptai sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini