comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima kenderaan rosak dihempap pokok tumbang ketika hujan ribut

Antara kenderaan yang rosak dihempap sebatang pokok tumbang ketika hujan ribut di pekarangan sebuah pasar raya di Taman Yayasan, Segamat petang tadi.

SEGAMAT: Lima kenderaan di kawasan parkir di pekarangan pasar raya Billion, Taman Yayasan di sini rosak dihempap pokok susulan kejadian ribut dan hujan lebat petang ini.

Video dan gambar kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan kenderaan terbabit dihempap pokok tumbang.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati beberapa kereta sudah dialihkan dan beberapa kenderaan lain yang turut rosak masih kekal di tempat asalnya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di tempat parkir di sebuah pasar raya pada jam 6.21 petang.

“Didapati sebatang pokok besar sepanjang kira-kira 13 meter tercabut bongkah akarnya serta tumbang dan menghempap lima kenderaan jenis Proton Waja, Wira, Perodua Bezza, Viva dan Honda CRV,” katanya dalam kenyataan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bomba turut bertindak membuka laluan jalan dengan membantu memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini