comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa pesawat terhempas berjaya dikeluarkan – Ketua Polis Perak 

 

IPOH: Dua mangsa yang cedera selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak hari ini telah dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kedua-dua mangsa itu masing-masing merupakan jurulatih dan pelatih penerbangan berusia 26 dan 20 tahun.

“Pada jam lebih kurang 9.50 pagi polis Daerah Mualim telah menerima panggilan satu kejadian pesawat ringan telah terhempas di Felda Besout.

“Pesawat jenis Cesnna 172 melibatkan dua mangsa iaitu seorang jurulatih iaitu Kapten Sharul Imran Suria, 26 dan seorang pelatih wanita Ho Ja Lin berumur 20 tahun,”jelasnya.

Tambah Mohd Yusri, pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh terputus hubungan dengan menara kawalan Kuala Lumpur pada jam 9.38 pagi sebelum disahkan terhempas.

“Pada jam 9.55 pagi bilik operasi Layang-Layang Flying Academy telah menerima panggilan bahawa pesawat tersebut telah mengalami kemalangan.

“Jadi pihak polis dan pihak keselamatan telah sampai ke tempat kejadian dan secure kawasan tersebut dan membawa mangsa ke Hospital Slim untuk rawatan selanjutnya,”katanya

Mengulas lanjut jelasnya, kawasan kejadian masih dikawal pihak keselamatan bagi tujuan selanjutnya.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah pesawat jenis Cesnna 172 terhempas di kawasan Felda Gunung Besout.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini