comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MoU peruntukan pembangkang akan dirangka kerajaan – Fadillah


 

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: Satu Deraf Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembanghkang akan dirangka oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan penyaluran peruntukan kepada pihak pembangkang.

“Ke arah itu satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam di Seri Perdana, Putrajaya itu turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini Fadillah berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) bersama beliau di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini