comscore
Tumpuan :
Nasional

Pak Lah stabil dan dirawat di CCU, IJN

FOTO: Tangkap layar Insta Story @khairykj

Oleh: Ain Shafiqah Zaki 

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam setelah mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’.

Perkara itu dikongsi menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi instagramnya.

Beliau turut memaklumkan Bekas Perdana Menteri itu berada dalam keadaan stabil dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari, (CCU) IJN untuk pemantauan lanjut oleh doktor.

Katanya Tun Abdullah disarankan untuk berehat secukupnya.

Khairy juga mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang disampaikan pelbagai pihak.

Buat masa ini pihak IJN menasihatkan agar tiada pelawat dibenar menziarahi Tun Abdullah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini