comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Paku dipacak dibahu jalan, polis siasat motif


RAWANG: Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.

Foto Ihsan X syahmi_paan

“Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.

“Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

“Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini