comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasir Mas paling panas hari ini, capai Tahap 2

KUALA LUMPUR: Daerah Pasir Mas di Kelantan menjadi satu-satunya kawasan di negara ini diletakkan pada status cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba, hari ini.

Tahap dua adalah suhu maksimun harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam siaran berdasarkan rekod bacaan suhu maksimum yang dikemaskini pada jam 4.30 petang tadi berkata negeri Kelantan juga mencatat suhu harian maksimun melebihi 35 darjah Celcius berbanding negeri-negeri lain.

 

Enam daerah di negeri pantai timur itu iaitu Kota Bharu, Pasir Putih, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang mencatat status cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga.

Di Kedah, tiga daerah iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling mencapai status cuaca panas Tahap 1.

Terengganu, dua daerah terlibat iaitu Besut dan Setiu.

Perak juga dua daerah iaitu Kuala Kangsar Hulu Perak.

Manakala Sarawak, cuaca Tahap 1 direkodkan di Mukah dan Selangau.

Turut mencatat tahap berjaga-jaga atau status cuaca panas Tahap 1 adalah daerah Raub di Pahang dan Kinabatangan, Sabah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini