comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilik bagasi berisi wang lebih RM500,000 belum disahkan – Polis

SHAH ALAM: Lebih sebulan berlalu, jawapan mengenai siapa pemilik bagasi merah jambu berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Damansara, dekat sini, belum terjawab.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu hasil laporan forensik untuk mengesan pemilik cap jari pada bagasi terbabit.

Setakat ini, katanya, pihak polis sudah memanggil 10 individu untuk dirakamkan percakapan termasuk pemilik syarikat teknologi maklumat yang mendakwa wang berkenaan miliknya.

“Jadi, kita masih menunggu keterangan lanjut (daripada individu lain) untuk saksi-saksi tampil untuk menunjukkan sumber daripada mana wang itu diperoleh.

“Mungkin memerlukan masa (sebelum putuskan wang itu milik siapa),” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi 20 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan dilapor menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kereta pusat beli-belah terbabit, sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan itu, polis meminta pemilik beg berkenaan tampil bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan pemilikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak tampil memberi keterangan selepas mendakwa bagasi itu miliknya.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti mengatakan wang terbabit milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini