comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK DUN Kuala Kubu Bharu: Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan

 


Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, dijangka diumumkan pada minggu hadapan.

 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini proses mengenal pasti calon sedang dilakukan dan pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.

“Proses untuk mengenal pasti calon sedang dibuat dan ianya akan menjadi calon kerajaan perpaduan, bukan daripada calon yang dianggap atas nama parti tetapi kita akan memperkenalkan calon itu calon Kerajaan Perpaduan” katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Program AI Sandbox, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Parti-Parti Kerajaaan Perpaduan, berkata pihaknya kini sedang mengatur gerak kerja termasuk menyusun program mendekati rakyat, di samping mengetengahkan mesej utama iaitu ‘politik kesederhanaan’.

“Beberapa persiapan persiapan awal dengan melihat keadaan di Kuala Kubu Bharu itu sendiri dari segi jumlah pengundinya, dari segi kedudukannya, dari segi taburannya dan semua ini diambil kira dan yang paling mustahak ialah kita membawa mesej Kerajaan ini iaitu sebuah Kerajaan yang membawa politik kesederhanaan. Itu moto kita.” katanya lagi.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini