comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Menteri Dalam Negeri gesa elak sentuh 3R

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu diingatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh yang merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak perlu mengelakkan tindakan provokatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan raja.

“Kita gesa dan kita anjurkan, kita nasihatkan semua yang terlibat supaya pertama patuh dengan semua undangh-undang dalam negara kita/

“Kawal tutur kata, ucapan dan tulisan kita kemudian sudah tentu akta paling penting disini berkaitan dengan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan pilihanraya secara adil dan sebagainya,” katanya.

Selain itu ujarnya, perkara sama juga telah diingatkan kepada pasukan polis yang bertugas sepanjang PRK berlangsung untuk mematuhi undang-undang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, pengundi di DUN berkenaan boleh membuat penilaian sendiri terhadap calon yang telah ditampilkan mewakili Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah di perkarangan Blok 3B Perumahan Awam Sri Sabah di sini, hari ini.

Program berkenaan telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini