comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Insiden pokok tumbang: Jenazah tiba di HKL untuk bedah siasat

KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini, tiba di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 5:45 petang tadi, untuk proses bedah siasat dan pengecaman identiti.

Jenazah mangsa berusia 47 tahun itu dibawa ke hospital berkenaan dengan menggunakan trak pikap polis.

Sementara itu, difahamkan dua lagi mangsa yang cedera parah masih dirawat di wad kecemasan.

Terdahulu, insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang.

Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan berdekatan, termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini