comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: SPRM buka bilik gerakan 24 jam

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 11 Mei itu akan ditempatkan di SPRM Selangor di Shah Alam, Selangor.

SPRM dalam kenyataan berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-5524 8318 atau 03-5525 6500.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini