comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Proses penamaan calon berjalan lancar dan terkawal

PETALING JAYA: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu berjalan lancar dan terkawal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata seramai 284 pegawai dan anggota polis serta dibantu 15 pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditugaskan sepanjang proses itu berlangsung pagi tadi.

 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi

Dalam satu kenyataan, beliau berkata semasa proses penamaan calon itu, seramai 1,310 penyokong tiga parti hadir di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor yang dijadikan pusat penamaan calon.

PDRM katanya mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang bertanding kerana memberikan kerjasama serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh PDRM dan Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau berharap kerjasama itu dapat diteruskan sehingga hari pengundian kelak dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini