comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak ganti 2,742km saluran paip lama, kos lebih RM1 bilion

KUCHING: Sarawak akan mula melaksanakan projek menaik taraf sistem grid bekalan air dengan menggantikan saluran paip lama yang uzur, pelbagai saiz dan masih digunakan di negeri itu bermula tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Nerawi berkata, pengantian saluran paip sepanjang 2,742 kilometer itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.085 bilion akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh lima tahun akan datang dalam usaha mewujudkan sistem jaringan bekalan air terawat yang efisyen bagi menampung pemintaan pengguna Sarawak.

Ia juga mampu mengurangkan kesan Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi berikutan masalah kebocoran pada saluran paip-paip lama terbabit

“Kita akan kenal pasti dimana kawasan kritikal yang perlu kita ganti, paip yang rosak perlu dinaik taraf supaya membolehkan bekalan air itu sampai dalam keadaan yang sempurna.

“Ini merupakan perancangan jangka masa panjang kerana kita telah diberikan kelulusan untuk melaksanakan projek berkenaan secara berfasa untuk lima tahun yang menelan kos lebih RM1 bilion,” katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Loji Rawatan Air Batu Kitang, di Kuching.

Menurutnya, peruntukkan berjumlah RM 247 juta telah diluluskan bagi fasa pertama projek pengantian jajaran sistem salauran paip terbabit untuk tahun ini.

Setakat suku pertama tahun 2024, Julaihi mendedahkan liputan keseluruhan bekalan air ke seluruh sarawak ialah 85 peratus, dengan liputan luar bandar pada kadar 70 peratus manakala kawasan bandar adalah pada kadar 99 peratus.

Loading...
Terkini