comscore
Tumpuan :
Nasional

Situasi stabil, tiada keperluan bawa pulang rakyat Malaysia

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah susulan konflik yang sedang berlaku di rantau itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan situasi semasa kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

“Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan untuk memantau perkembangan di rantau ini dari semasa ke semasa.

“Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

“Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat.”

Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara berdekatan.

Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini