comscore
Tumpuan :
Nasional

Video tular: Lelaki mabuk tunjuk kemaluan, ada masalah psikiatri – Polis

 

Foto hiasan

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan selepas menunjukkan kemaluan kepada wanita berusia 25 tahun dalam kejadian di Bukit Belimbing, dekat Seksyen 26 di sini, Selasa lalu.

Kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa video memaparkan aksi suspek cuba melarikan diri menggunakan kereta, sebelum ditahan orang awam.

Insiden terbabit turut mendatangkan kekecohan di kawasan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan lelaki berusia 46 tahun itu yang dipercayai dalam keadaan mabuk, selain mengalami masalah mental.

“Kita menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam jam 11 malam itu.

“Tangkapan dibuat orang awam di lokasi kejadian sebelum lelaki terbabit diserhakn kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek sedang menjalani rawatan psikiatrik di sebuah hospital swasta di Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini