comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita ditangkap jual barang tiruan berjenama secara dalam talian 

TEMERLOH: Kementerian Perdagangan Dalam Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun kerana menjual barangan tiruan berjenama secara dalam talian di Taman Keladan Baiduri, di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Cawangan Temerloh Abdul Razak Yahaya berkata, suspek ditahan di sebuah rumah beserta produk yang disyaki memakai cap dagangan secara salah telah disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Dalam serbuan yang dijalankan, premis itu merupakan sebuah rumah kediaman yang dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk yang merupakan salah satu cap dagangan yang terkenal di pasaran.

“Maklumat awal yang diperolehi mendapati modus operandi yang digunakan ialah peniaga menjual produk tiruan berjenama terpakai yang diperolehi dari penjual di media sosial,” katanya.

Beliau berkata, kemudiannya dijual kembali secara atas talian dengan harga sekitar RM70 bergantung kepada keadaan saiz dan bentuk produk.

Katanya, nilai rampasan produk dianggarkan sebanyak RM1000.

Jelasnya, KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga supaya tidak melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang seumpama itu dan bagi pelanggaran undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 201.

Abdul Razak berkata, hukuman yang dikenakan adalah berat iaitu bagi individu boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi syarikat pula didenda sehingga RM15, 000 bagi setiap unit barangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini